Manual 5s Miti
Embed Size (px)
Transcript of Manual 5s Miti
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
1/49
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
2/49
2
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
3/49
KATA-KATA ALUAN
Cabaran ekonomi global telah menukar perspektif budaya kerja
ke arah prestasi kerja yang lebih cemerlang denganmempraktikkan amalan-amalan yang terbaik. Salah satuamalan terbaik untuk menjadi organisasi yang berdaya saingialah dengan mengamalkan Sistem Persekitaran Berkualiti(QE).
Di organisasi yang terunggul, Sistem QE yang diamalkan telahmembawa kepada peningkatan keberkesanan operasi dan
keyakinan pelanggan terhadap organisasi mereka.
MITI, sebarang Kementerian pertama yang dipersijilkan amalanQE ini perlu meneraju dan terus menjejaki amalan-amalanterbaik secara berterusan dengan meningkatkan amalan QEsupaya menjadi lebih berkesan di dalam operasi seharian danseterusnya menjadi budaya kerja kepada setiap warga kerja diMITI.
Saya percaya, buku panduan ini akan menjadi bahan rujukanuntuk menjalankan Sistem QE dan memberi faedah kepadasemua warga MITI dalam memperbanyakkan lagi aktiviti-aktivitipenambahbaikan secara konsisten dan berterusan.
Y. BHG. TAN SRI ABDUL RAHMAN MAMATKETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI
3
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
4/49
ULASAN
Usaha MITI untuk membudayakan amalan persekitaranberkualiti (QE) ini telah bermula sejak awal tahun 2006 lagi danusaha ini diberi keutamaan oleh pihak pengurusan apabilaaktiviti-aktiviti untuk meningkatkan amalan 5S dijadikan salahsatu cabang utama di dalam pelaksanaan Kempen Cekap danMesra yang dicetuskan pada tahun 2008.
Pada asasnya, MITI sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti 3S iaitu SISIH, SUSUN dan SAPU. Walau
bagaimanapun, untuk memastikan amalan 3S ini menjadi lebihberkesan dan berkekalan, amalan ini perlu diseragamkan dandiamalkan pada setiap masa.
Oleh itu akitiviti-akitiviti 3S yang sedang dijalankan perludipantau dan dinilai dengan kaedah yang sistematik. Di sinilahperanan amalan S yang keempat dan kelima iaitu SERAGAMdan SENTIASA AMAL perlu diterapkan. Dengan adanya buku
panduan ini, pengurusan QE di MITI dapat dijalankan secarasistematik ke arah kecemerlangan amalan QE dan seterusnyameningkatkan prestasi setiap pekerja di dalam organisasi.
Y.BHG. DATO KAMARUDDIN ISMAILTIMBALAN KETUA SETIAUSAHA /PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK KUALITI MITI
4
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
5/49
TUJUAN BUKU PANDUAN
Buku panduan langkah-langkah pelaksanaan QE ini adalah
bertujuan untuk menerangkan konsep QE dalam format yangmudah supaya boleh menjadi rujukan kepada pihakpengurusan dan semua pekerja.
Ia adalah mengenai pemindahan pengetahuan untukmemudahkan proses pembelajaran secara berterusan denganmemberikan anda garis panduan yang praktikal dan contoh-contoh sebenar daripada organisasi yang telah mendahului,
tentang bagaimana teknik pengurusan QE berfungsi.Buku panduan ini dapat memberikan maklumat yangmencukupi tentang bagaimana sesebuah organisasi perlumenggabungkan setiap S ke dalam fungsi tugasan merekasebagai budaya kerja organisasi untuk mendapatkanpenambahbaikan yang berterusan.
Akhirnya, cara yang paling berkesan untuk menggunakan bukupanduan ini adalah dengan membaca, membincangkan danmempraktikkannya di dalam sesi pembelajaran berkumpulandengan bimbingan daripada fasilitator5S.
5
PUAN HANIBAH AB WAHABKETUA PENYELARASSISTEM PERSEKITARAN BERKUALITIMITI
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
6/49
Kandungan
Kata-kata aluan Ketua Setiausaha 3
Ulasan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kualiti MITI 4
Tujuan Buku Panduan 5
Pengenalan 8
Memahami 5S 9
SISIH 9
SUSUN 10 SAPU 10
SERAGAM 11
SENTIASA AMAL 11
Kenapa 5S? 12
Apa yang bukan 5S? 12
Faedah melaksanakan 5S 12Kunci kejayaan 5S 13
Bagaimana memulakan pelaksanaan 5S 14
PLAN - DO - CHECK ACT
Pelan Pelaksanaan 5S 16
Langkah 1: Pembentukkan jawatankuasa 5S 19
Objektif, jawatankuasa 5S, tugas dan tanggungjawab
Langkah 2 : Memulakan Zon 5S 22
Langkah 3 : Latihan 5S 23
Langkah 4 : Pengumuman dan Perlancaran 5S 24
Jawatankuasa Latihan 5S 26
6
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
7/49
Garis Panduan untuk latihan SISIH 27
Huraian Garis Panduan
Garis Panduan untuk latihan SUSUN 35
Huraian
Garis Panduan
Garis Panduan untuk latihan SAPU 39
Huraian
Garis Panduan
Garis Panduan untuk latihan SERAGAM 42
Huraian Garis Panduan
Garis Panduan untuk latihan SENTIASA AMAL 45
Huraian
Garis Panduan
Penilaian kendiri dan persijilan 5S 47
Objektif
Garis panduan untuk Penilaian diri
Audit Dalaman 5S
Contoh Senarai 5S Audit
7
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
8/49
PENGENALAN
Pada masa ini, teknik pengurusan persekitaran berkualiti (QE)
semakin diiktiraf dari segi peningkatan keupayaan produktiviti
dan persaingan yang semakin meluas. Dalam usaha untuk
menjadi organisasi bertaraf dunia, sesebuah organisasi itu perlu
meneruskan amalan QE ini dengan cara yang sistematik bagi:
Mengenalpasti, mengurangkan dan mengelakkan
pembaziran
Membina semangat kerja berpasukan Merangsang suasana kerja yang lebih selesa
Membentuk satu sistem ke arah penambahbaikan
produktiviti dan kualiti.
Teknik Pengurusan 5S bermula dengan huruf 'S.
8
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
9/49
MEMAHAMI PENGURUSAN SISTEM PERSEKITARAN
BERKUALITI (QE)
Sistem Persekitaran Berkualiti (QE) adalah salah satu kaedah
pengurusan yang diamalkan di Jepun dengan fokus untuk
mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang
mampu memastikan standard yang di tetapkan serta menerapkan
semangat untuk penambahbaikan berterusan.
Teknik pengurusan 5S yang menjadi asas kepada mana-mana
organisasi yang mempunyai inisiatif untuk bersaing.
SISIH
Menyisihkan dan membuang benda yang tidak diperlukan di
tempat kerja secara sistematik.
9
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
10/49
SUSUN
Menyusun barang yang diperlukan dengan kemas dan sistematik
agar ia mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
SAPU
Membersih dan memeriksa tempat kerja dengan rapi agar tiadahabuk atau kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.
10
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
11/49
SERAGAM
Mengekalkan keseragaman pengurusan piawaian tempat kerja
yang baik dengan memastikan semua barangan sentiasa bersih
dan teratur.
11
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
12/49
SENTIASA AMAL
Melatih individu untuk mengamalkan sistem 5S secara
berterusan agar ia menjadi suatu kelaziman dan membentuk satu
budaya dalam organisasi.
KENAPA 5S?
Konsep 5S mudah difahami kerana:
Tidak memerlukan kepada pemahaman istilah-istilah
yang sukar
Mudah, logik dan merupakan tabiat semulajadi manusia
Boleh dilaksanakan oleh industri atau organisasi yang
terdiri daripada pelbagai saiz
APA YANG BUKAN 5S?
Latihan pengemasan
Satu cara untuk menyalahkan orang lain sekiranya
berlaku sebarang kecacatan
Satu cara untuk membuat orang bekerja
Dibuat pada bulan-bulan atau tahun-tahun tertentu
(bermusim) sebagai contoh: Bulan Kualiti sahaja atauhampir dengan tarikh audit sahaja.
FAEDAH MELAKSANAKAN 5S
Pada masa kini, banyak organisasi telah melaksanakan sistem 5S
dan mendapat pencapaian yang memberangsangkan. Sebagai
12
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
13/49
contoh Pengarah Urusan sebuah syarikat yang telah memenangi
Anugerah 5S di Peringkat Kebangsaan menyatakan :
Kami belum pernah melihat satu pendekatan ke arah
penambahbaikkan secara keseluruhan yang begitu MUDAH,
BERKESAN dan dapat dilaksanakan dengan KOS YANG
RENDAH.
Kelebihannya adalah :
Tempat kerja menjadi bersih dan teratur
Tempat kerja menjadi lebih selamat Pencapaian yang boleh dilihat secara tidak langsung
yang dapat menggalakkan penjanaan idea yang lebih
banyak dan kreatif
Mengurangkan masa pencarian
Aliran operasi kerja yang cekap
Sebarang masalah dapat dikesan semasa proses
pengeluaran Mengurangkan kecacatan pada produk atau
perkhidmatan
Kaedah-kaedah dan standard yang jelas
Mengurangkan masa memproses inventori
Memaksimakan penggunaan kawasan
Mengurangkan rungutan pelanggan
KUNCI KEJAYAAN 5S
Perkara yang paling penting untuk memastikan sistem 5S ini
mencapai kejayaan adalah kerjasama dan penglibatan
menyeluruh daripada semua pihak terutama sokongan daripada
pengurusan tertinggi. Secara am, Sistem 5S perlu dijalankan
secara sistematik seperti berikut:
13
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
14/49
Mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat yang menjadi
model 5S untuk penambahbaikan yang berterusan
Melatih semua pekerja untuk mengamalkan 5S Mengadakan kempen 5S
Merangka pendekatan yang sistematik dengan
menggunakan kitaran P-D-C-A(Rancang- buat- periksa-
tindakan)
Mengamalkan Penilaian Prestasi dan Sistem Ganjaran
14
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
15/49
BAGAIMANA MEMULAKAN PELAKSANAAN 5S
Pendekatan yang dibincangkan dalam buku ini adalah
mudah dan menggunakan metodologi yang sistematik dan
sesuai untuk diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pelbagai
saiz dan jenis organisasi.
Bagi memulakan 5S : Pelaksanaan Langkah Demi Langkah,
setiap fasa perlulah dikenal pasti secara menyeluruh
mengikut kitaran P-D-C-A dan pendekatan 5W1H (What-
Where, When, Who, How much) seperti berikut:
PLAN- RANCANG
Persediaan
Memberi pendidikan dan latihan kepada
semua pekerja
Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan 5S
Memulakan Zon 5S
Menentukan objektif, matlamat dan fasa
pelaksanaan
Merancang Pelan Tindakan 5S dan acara
perasmian
DO LAKUKAN
SISIH
Mengenalpasti apa yang diperlukan
SUSUN
Menentukan apa dan cara penyusunan
15
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
16/49
SAPU
Mengenalpasti punca kotoran
Mengenalpasti penyebab masalah
Bertindak menyingkirkan punca kekotoran dan
penyebab masalah
SERAGAM
Siapa yang bertanggungjawab?
Apa tindakan yang perlu diambil bagi
memastikan keadaan yang ingin dipelihara?
Bila tindakan perlu diambil?
Di mana perlu dilaksanakan?
Apa prosedur yang perlu diikuti?
SENTIASA AMAL
Setiap pekerja perlu memahami, mengikuti dan
mengamalkan peraturan dan prosedur
Usaha yang berterusan bagi memastikan keadaan
yang diingini berkekalan.
CHECK PERIKSA
Penilaian
Menjalankan/melaksanakan Audit Dalaman5S
Penanda arasan sesama bahagian dan dengan
organisasi lain
Memastikan langkah 5S yang mantap diikuti
oleh semua
ACT- TINDAKAN
Penambahbaikan yang berterusan
16
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
17/49
Menjadikan 5S sebagai satu budaya
Membandingkan pencapaian sebenar dengan
yang dirancang Memberikan ganjaran dan pengiktirafan atas
penglibatan pekerja
Pendaftaran Persijilan 5S
Mengambil bahagian dalam Pertandingan
Kebangsaan 5S
Membuat semakan kitaran P-D-C-A
Bagi memastikan pelaksanaan 5S ini berjaya, setiap fasa
perlulah dilaksanakan seperti yang telah dirancang dalam
PELAN PELAKSANAAN 5S.
PELAN PELAKSANAAN 5S
Peningkatan prestasi dalam sesebuah organisasi adalah satu
cabaran yang berterusan dan organisasi akan mendapat faedahyang terbaik dengan menggunakan pelbagai pendekatan.Berikut
adalah PELAN PELAKSANAAN 5S yang sangat berguna (lihat
muka surat 17). Ia memberikan satu rangka kerja yang terbaik
untuk :
Proses asas bagi peningkatan kualiti dan produktiviti
Membentuk penambahbaikan yang berterusan
Amalan-amalan yang terbaik
Kunci Petunjuk Prestasi
Fasa 1 dan Fasa 2 adalah sebagai PEMBOLEH GERAK
(ENABLERS). Fasa 3 dan Fasa 4 adalah PENCAPAIAN
SEBENAR. Selepas setiap kitaran perlulah disemak:
Fasa-fasa yang memerlukan penambahbaikan
Pendekatan yang dapat memberikan kesan ke atas hasil
17
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
18/49
Penilaian kendiri untuk menilai keberkesanan tindakan
18
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
19/49
19
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
20/49
PLAN( rancang )
Persediaan :
Menyediakan latihan dan pengetahuan untuk semua. Membentuk Jawatankuasa 5S
Menubuhkan zon 5S
Menentukan objektif 5S, sasaran dan fasa pelaksanaan
DO ( lakukan )
SISIH :
Kenalpasti apa yang penting
SUSUN :
Tentukan apa dan bagaimana untuk menyusun
SAPU :
Kenalpasti sumber kekotoran
Kenalpasti penyebab utama
Ambil tindakan untuk mengurangkan sumber penyebab
kekotoran
SERAGAM : Siapa yang bertanggungjawab?
Apakah tindakan yang diambil untuk mengekalkan
keadaan yang diidamkan?
Bilakah tindakan ini akan diambil?
Di mana mereka perlu memohon?
Apakah prosedur yang perlu diikut?
SENTIASA AMAL : Menerapkan amalan 5S kepada RUTIN
Membandingkan sasaran semasa dengan sasaran yang
yang ditetapkan.
Memberi ganjaran dan meghargai usaha-usaha setiap
pekerja.
Menerima KPI ( Indeks Prestasi Utama )
Merujuk kitaran PDCA
20
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
21/49
LANGKAH 1: PENUBUHAN JAWATANKUASA 5S
Objektif:
Mendapatkan kerjasama daripada semua pekerja di setiap
peringkat bagi dan membentuk satu budaya penambahbaikan
kerja yang berterusan dan semangat kerja berpasukan yang
cemerlang.
JAWATANKUASA 5S
Badan 5Smeliputi yang berikut:
Jawatankuasa induk 5S MITI
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri)
Pengarah Kanan/Pengarah sebagai Ahli
( atau sesiapa yang telah dilantik oleh Pengerusi)
Pengarah Pentadbiran sebagai Penyelaras
Jawatankuasa Latihan 5S
Jawatankuasa Promosi 5S
Jawatankuasa Audit 5S
Jawatankuasa Induk 5S bertanggungjawab untuk menyediakan
satu pelan pelaksanaan dan melaksanakan pemantauan bagi
memastikan aktiviti 5S itu dilaksanakan secara berkesan di
seluruh organisasi. Fungsi Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa
Promosi dan Jawatankuasa Audit adalah seperti yang dinyatakandi muka surat 20 dan 21.
Tanggungjawab bagi melaksanakan 5S boleh diagihkan kepada
semua pekerja di dalam organisasi. Setiap ahli perlu tahu
tanggungjawab 5S masing-masing dan mengamalkannya.
Adalah menjadi tugas pengerusi untuk mentadbir dan
mendorong setiap pihak yang di pertanggungjawabkan seperti
berikut:
21
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
22/49
Melantik:
Koordinator 5S Fasilitatordari setiap jabatan
Ketua 5S bagi setiap zon
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:
Pengerusi 5S:
Berkomunikasi dengan semua pihak yang terlibat
Memastikan penyertaan semua pihak dalam organisasi
Menyokong semua aktiviti dalam perlaksanaan 5S
Mentadbir kebertanggungjawaban pada setiap pihak
yang dipertanggungjawabkan
Koordinator 5S:
Berkomunikasi dengan semua pihak yang terlibat
Memudahkan pelaksanaan aktiviti berkumpulan
Memberikan motivasi dan mengawasi aktiviti
pelaksanaan
Memastikan penyertaan semua pihak dalam organisasi
Bertindak sebagai sumber pemberi maklumat
Fasilitator 5S:
Menyokong pelaksanaan 5S
Berkomunikasi dengan semua pihak yang terlibat
Memberikan motivasi dalam kumpulan
Memastikan pelan pelaksanaan pekerja
Mengawasi sistem pengukuran
22
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
23/49
Ketua 5S:
Turut serta dalam proses pelaksanaan kerja berkumpulan
Berkomunikasi dengan semua pihak yang terlibat
Mengawasi perkembangan kerja berkumpulan
Tanggungjawab pekerja:
Memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam gerak
kerja kumpulan
JAWATANKUASA LATIHAN 5SFungsi
Mengenal pasti latihan 5S untuk semua
Menjadualkan semua jenis latihan 5S
Latihan Kesedaran 5S
Pelaksanaan langkah demi langkah 5S untukfasilitator
Pelaksanaan langkah demi langkah Audit
Dalaman 5S
JAWATANKUASA PROMOSI 5SFungsi
Mempromosikan 5S
Mengenalpasti semua jenis latihan 5S Mencadangkan dan memberi ganjaran atau pengiktirafan
kepada individu/kumpulan yang turut serta atau memenangi
aktiviti-aktiviti promosi
Menilai semula keberkesanan kempen promosi
23
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
24/49
LANGKAH 2: MEMULAKAN ZON 5S
Pasukan Penyelaras 5S akan membuat pembahagian zon.
Fasilitator 5S akan menyerahkan tanggungjawab, dan
mengagihkan aktiviti dalam bentuk tugasan mudah. Ini
melibatkan:
Memperoleh susun atur tempat kerja secara keseluruhan
dan membahagikan setiap kawasan kepada zon-zon yang
lebih kecil
Membahagikan kumpulan mengikut kawasan,menentukan bilangan peserta dalam satu kumpulan, dan
mempamerkan nama individu-individu yang terlibat
dalam setiap kumpulan dan kawasan yang
dipertanggungjawabkan
Memastikan setiap kumpulan mempunyai ketua dan
sekurang-kurangnya seorang ahli dalam setiap seksyen
Memastikan saiz seksyen dan kekuatan kumpulan adalah
selaras
Penentuan tanggungjawab bagi kawasan yang dikongsi
Fungsi Koordinator 5S/ Fasilitator / Ketua 5S adalah penting
dalam mengaplikasikan 5S agar aktiviti 5S berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang.
24
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
25/49
LANGKAH 3: LATIHAN 5S
Objektif:
Untuk menyebarkan metodologi 5S dan menyediakan tenaga
kerja yang dapat memberikan kerjasama yang bermakna dalam
aktiviti 5S.
Program latihan ini, yang mana merupakan langkah permulaan
pelaksanaan amalan 5S. Pelaksanaan langkah demi langkah,
merangsang pekerja untuk melibatkan diri dalammengaplikasikan usaha 5S. Program ini merupakan
tanggungjawab jawatankuasa latihan 5S. (Lihat muka surat 20)
Setelah selesai sesi latihan persediaan awal, setiap individu akan
mendapat pengetahuan asas dan diberi tanggungjawab bagi
tindakan yang akan dilaksanakan. Rancangan pelaksanaan fasa
5S perlulah disediakan dan diumumkan semasa pengisytiharaan
Pelaksanaan Amalan 5S.
Kesilapan yang paling utama dilakukan apabila hendak
melaksanakan sistem 5S adalah gagal untuk memberikan latihan
yang secukupnya pada peringkat permulaan. Latihan perlulah
merangkumi:
Kesedaran tentang 5S pada peringkat pengurusantertinggi
Kesedaran tentang 5S pada peringkat pekerja
Pemahaman Langkah Demi Langkah untukFasilitator
Langkah Demi Langkah Audit Dalaman 5S
25
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
26/49
LANGKAH 4 : PENGUMUMAN / PELANCARAN 5S
Objektif:
Mengumumkan rancangan promosi adalah semata-mata untuk
mempromosikan aktiviti 5S.
Garis Panduan untuk melancarkan aktiviti 5S
Pada tahap ini, pihak pengurusan perlu mengesahkan Rancangan
5S, menetapkan sasaran, polisi dan matlamat PelaksanaanLangkah Demi Langkah 5S.
Mengumumkan Polisi, Objektif dan Matlamat 5S
Mengumumkan Zon 5S
Mengumumkan Slogan 5S
Selepas pelancaran 5S dibuat dengan jayanya, pelaksanaan
Langkah Demi Langkah 5S diteruskan mengikut apa yang telah
dirancang.
26
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
27/49
27
DASAR 5S
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
28/49
28
OBJEKTIF 5S
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
29/49
JAWATANKUASA LATIHAN 5S
Fungsi-fungsi
Mengenalpasti latihan 5S untuk pekerja.
Menjadualkan semua jenis latihan
Latihan Kesedaran 5S
Pelaksanaan Langkah Demi Langkah untuk Fasilitator
Pelaksanaan Langkah Demi Langkah Audit Dalaman 5S
JAWATANKUASA PROMOSI 5SFungsi-fungsi
Mempromosikan kempen 5S.
Mengenalpasti dan mencadangkan aktiviti promosi
Mencadangkan dan memberi ganjaran atau pengiktirafan kepada
individu / kumpulan yang turut serta atau memenangi aktiviti-aktiviti
semasa promosi
Menilai semula keberkesanan kempen promosi5S AUDIT COMMITTEE
JAWATANKUASA AUDIT 5S
Fungsi-fungsi
Membina kriteria penilaian 5S, garis panduan dan
Pelekat Peningkatan 5S.
Membantu dalam mengekalkan aktiviti 5S melalui Audit Dalaman
Menghantar Laporan Audit pada setiap bulan kepada pihak
pengurusan.
Menyediakan garis panduan untuk mengukur impak audit.
29
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
30/49
Garis Panduan untuk latihan SISIH
Huraian:
S yang pertama merujuk kepada penyisihan bahan-bahan yang
tidak digunakan atau diperlukan lagi di tempat kerja.
Garis Panduan:
Ia adalah langkah-langkah untuk menyimpan mengikut:
Apa yang diperlukan
Kuantiti yang diperlukan
Bila ia diperlukan
Untuk melaksanakan S yang pertama, Proses Red-Tag sering
digunakan. Strategi Red-Tag membantu untuk mengenalpasti
barangan yang tidak diperlukan dan tahap keperluan sesuatu barang.
Terdapat 6 langkah yang perlu dipatuhi bagi memastikanProsesRed-Tagdapat dilaksanakan dengan jayanya.
Langkah 1: Melancarkan Projek Red-Tag
Kebiasaannya dilakukan oleh Jawatankuasa Induk yang mewujudkan
kawasan simpanan dan merangka cara-cara pelupusan bagi barangan
yang tidak diperlukan lagi dengan menggunakan BorangRed-Tag.
Langkah 2: Mengenalpasti sasaran Red-Tag
Menspesifikasikan jenis-jenis benda atau barang dan kawasan kerja
fizikal yang perlu dinilai semula.
Langkah 3: Menentukan Kriteria Red-Tag
30
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
31/49
Tiga Soalan yang perlu disoal untuk menentukan keperluan sesuatu
barangan.
Adakah ia berguna ? Kekerapan penggunaan ?
Kuantiti penggunaan ?
Langkah 4 : MelekatkanTag
Kerja-kerja melekatkan tag ini perlu dilakukan dengan cepat dan
muktamad.Skop sasaran adalah diselesaikan sebelum Perasmian 5S.
Langkah 5 : Penentuan barangan yang di Red-Tag
Putuskan mana yang perlu dibuang dan tindakan yang perlu diambil
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.
BARANG YANG
TIDAK PERLU
Barang tiada nilai dan
senang untuk di
lupuskan
Barangan yang tiada
nilai dan
pembuangannya
memerlukan kos yang
tinggi
Barangan yang ada nilai
dan boleh di jual
Cari cara yang
paling mudah dan
selamat untuk
dilupuskan
Mencari pembeli
yang menawarkan
harga yang tinggi
Buang serta-merta
TINDAKAN
YANG PERLU DI
AMBIL
Jadual 1: Pelan Tindakan S Pertama
31
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
32/49
Langkah 6: Dokumenkan Hasil Red-Tag
Semua perkara yang dilakukan perlu dilaporkan sebagai salah satu prosedur perakaunan. Dengan ini, sesebuah organisasi dapat
mengukur sebarang penambahbaikan dan penjimatan sepanjang
proses dilaksanakan.
Apabila kerja-kerja Red-Tag selesai dijalankan mengikut Pelan
Tindakan seperti dijadual 1, tatacara kerja dapat dikurangkan,
komunikasi antara pekerja menjadi bertambah baik dan produktivitidapat ditingkatkan.
Kata kuncinya dalam penerangan ini adalah untuk melupuskan
barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. Sisih adalah
satu teknik yang terbaik untuk mengubah struktur tempat kerja yang
lama kepada satu kawasan kerja yang lebih efektif untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keselamatan di tempat kerja.
Impak Jangkaan:
Mengenalpasti barangan yang perlu dan menyusunnya di
tempat dan lokasi yang betul
Barangan yang tidak perlu dilupuskan
Menjimatkan masa mencari barang
Penambahbaikan suasana tempat kerja Memaksimumkan penggunaan ruang
32
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
33/49
33
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
34/49
SOP OF RED
MINTA KEBE
MASING-MASI
YANG TIDAKMAKLUM
34
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
35/49
*LENGKA
SOP OF RE
BAGI BAHAGI
BARANG TEBORA
DIISI.KEMBALI
35
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
36/49
Prosedur Operasi Standard ( SOP ) - Red-Tag
Borang yang perlu diisi semasa meletakkan barang di kawasanRed-Tag
Barang-barang yang telah didaftarkan dilekatkan denganRed-Tag
Contoh barang-barang yang diletakkan di kawasan Red-Tagsetelah aktiviti Penyisihan 1S menggunakan Borang Red-Tag
36
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
37/49
Garis Panduan untuk mengamalkan SUSUN
Huraian:
S yang kedua ini sesuai dengan satu kenyataan yang sangat
popular: Satu tempat untuk semua barangan dan semuanya di
tempat yang betul. Ia menekankan aspek keselamatan, kecekapan
dan keberkesanan cara penyimpanan dan secara tidak langsung dapat
menambahbaik keadaan tempat kerja.
Garis Panduan:
Apabila S yang pertama dapat dilaksanakan dengan jayanya, apa
yang tertinggal perlu diatur supaya memudahkan penggunaan dan
penyimpanan seperti dalam gambarajah di bawah.
Proses yang ditunjukkan dalam Jadual 2, menyingkir bahan buangan
dalam proses pengeluaran atau dalam kerja-kerja perkeranian dan
BARANGAN YANGPERLU
Barang yang kerap di
gunakan
Benda yang tidak di
gunakan
Benda yang jarangdigunakan
Disimpan berasingan dan
diberi pengenalan yang
jelas mengenainya.
Boleh disusun jauh sedikitdari pekerja
Disusun di tempat yang
paling dekat dengan
pekerja
TINDAKAN YANG
PERLU DI AMBIL
Jadual 2: Pelan Tindakan S Kedua 37
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
38/49
dapat memastikan semua barangan perlu disimpan di tempat yang
terangkum dalam S yang kedua ini adalah:
Antara aktiviti yang terangkum dalam S yang kedua ini adalah:
Membuat tanda yang jelas agar sebarang kesilapan dalam
menyusun barangan dapat dikesan dari jauh
Memberikan nama atau nombor pada setiap barangan dan
alatan.
Menyusun alatan yang berkaitan berdekatan dengan mesinagar mudah digunakan .
Menyusun fail dan menyimpan mengikut kod warna agar ia
mudah dikenal sekali imbas.
Simpan barangan yang mempunyai fungsi dan rekabentuk
yang serupa bersama.
Simpan barangan yang berlainan di tempat yang berasingan.
Jangan simpan semua barangan di satu tempat, gunakan rakatau almari.
Gunakan bekas kecil untuk menyimpan barangan yang kecil.
Gunakan warna untuk memudahkan pengenalan barangan
Label setiap barangan dan tempat penyimpanan (kawalan
visual)
Menggunakan bekas yang lutsinar untuk memudahkan
pencarian
Menggunakan kereta sorong yang direka khas untuk
menyusun peralatan, kelengkapan dan alat penyukat
mengikut jenis mesin.
Mewujudkan papan peralatan ( tool boards ).
Kata kunci dalam penerangan ini adalah semua orang.Label perlu
bagi memudahkan proses pencarian barangan sekiranya pemiliknya
tiada di tempat kerja. Faedah dapat dilihat melalui masa adalah masa
38
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
39/49
pencarian yang dapat dijimatkan. Dengan adanya sistem yang teratur
ini, maka tidak berlaku pembaziran tenaga manusia atau inventori
yang berlebihan.
Impak Jangkaan:
Barangan mudah disimpan ditempatnya selepas digunakan.
Memudahkan pencarian, penyimpanan dan pencarian semula
barangan.
First-In First-Out(FIFO) dipraktikkan.
Mengurangkan masa pencarian barangan 4R diamalkan.
Right Item,Right Place,Right Quantity danRight Method
39
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
40/49
SISTEM FAIL DAN INDEKS DI PEJABAT
Sistem Fail yang jelas, menggalakkan kerja yang lebihberdisiplin dan mengurangkan masa untuk pencarian
Borang-borang yang di gunakan disusun dengan kemas dan mengikut
nombor agar mudah diambil.
Susunan yang teratur dan kemas untuk meningkatkan disiplin kerja
40
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
41/49
Garis Panduan untuk melatih SAPU
Huraian :
S yang ketiga menekankan aspek kebersihan kerana ia dapat
menjamin tempat kerja menjadi lebih selesa dan selamat,
termasuklah penyimpanan yang lebih jelas yang mana dapat
mengurangkan masa pencarian dan menjamin kualiti kerja, produk
dan perkhidmatan yang tinggi.
Garis Panduan:
S yang ketiga merujuk kepada kebersihan di tempat kerja. Rutin
harian membersih adalah penting untuk mengekalkan persekitaran
yang kita inginkan dan tidak berselerak. Semua orang suka bekerja
dalam suasana kerja yang bersih yang mana ini dapat meningkatkan
semangat dan produktiviti.
Untuk memastikan S yang ketiga dapat dilaksanakan dengan
jayanya sebagai aktiviti harian yang berfaedah, langkah berikut
perlulah diamalkan:
Langkah 1: Tugasan kerja-kerja Pembersihan
Kebersihan adalah tanggungjawab SETIAP pekerja dalam sesebuah
organisasi dan ia perlulah dibahagikan mengikut kawasan kebersihan
yang berbeza, seperti:
Zon 5S :
Mewartakan semua kawasan kebersihan dan nama orang
yang bertanggungjawab ke atas kawasan tersebut.
Jadual 5S :
41
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
42/49
Menerangkan dengan lebih terperinci kelainan kawasan dan
nama pekerja yang telah ditugaskan termasuklah jadual
tugasan harian mereka
Langkah 2: Mengenalpasti apa yang perlu di bersihkan.
Tentukan sasaran dan kategorikan agar mudah digunakan.
Langkah 3: Mengenalpasti kaedah yang akan di gunakan.
Mengenalpasti alatan dan bahan yang diperlukan dan apa yang perlu
dibersihkan di setiap kawasan. Kerja-kerja pembersihan perlu
dilakukan mengikut keperluan dan kesesuaian tanpa mengambil
masa yang agak lama. Satu standard pembersihan perlu diwujudkan
dan ditanamkan pada setiap pekerja bagi memastikan pekerja
melakukan kerja-kerja pembersihan dengan lebih efisien.
Langkah 4: Menyediakan Alatan dan Bahan Pembersihan
Menyediakan alatan mencuci dan bahan yang diperlukan agar ianya
mudah digunakan apabila diperlukan.
Langkah 5: Perlaksanaan Kebersihan.
Semua peralatan yang tidak berfungsi atau yang rosak perlu di
perbaiki supaya sentiasa dalam keadaan yang baik. Matlamat utama
di sini adalah untuk memastikan tempat kerja dan segala-galanya
dalam keadaan bersih dan boleh berfungsi dengan baik. Ini dapat
diperolehi melalui kombinasi aktiviti membersih dan mengenalpasti
sebarang kerosakan sebelum ia berlaku.
42
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
43/49
Sistem perlabelan yang kemas dan mengikut sistem yang tersusun dengankod warna tertentu
Impak Jangkaan : Kualiti kerja dan produk yang tinggi.
Persekitaran kerja yang lebih selesa dan selamat
Mudah dilihat dan mengurangkan masa pencarian
Mengurangkan kos penyelenggaraan
Memberikan gambaran yang positif kepada pelanggan
43
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
44/49
Garis Panduan untuk mempraktikkan SERAGAM
Huraian:Penerapan 3S yang pertama secara berterusan dapat menjamin
kelancaran proses kerja yang berkesan.
Garis Panduan:
Sekiranyan 3S yang pertama telah dilaksanakan, langkah
seterusnya adalah memberi tumpuan terhadap amalan keseragamankerja yang terbaik. Pelan ini mestilah merangkumi prosedur dan
senarai semak harian yang perlu dipamerkan di setiap tempat kerja.
Senarai semak ini perlu sebagai panduan untuk memberi gambaran
yang jelas bagi memastikan 3S diamalkan ditempat kerja secara
berterusan. Contoh-contoh garis panduan seperti:
Tanggungjawab dalam kerja yang merangkumi: Siapa yang bertanggungjawab? (Ownership)
Langkah yang perlu diambil bagi memastikan
keadaan yang diinginkan dapat dikekalkan.
Bila sesuatu tindakan perlu diambil?
Kawasan mana perlu diberi penekanan?
Prosedur yang perlu dipatuhi untuk menjamin
kesungguhan pekerja? Kerja-kerja yang sedang dijalankan/ peraturan inventori
Prosedur pembersihan.
Jadual Penyelenggaraan.
Aktiviti harian yang bersangkut paut dengan tugas 3S
Kata kuncinya adalah untuk memperkukuhkan 3S dengan
mengadakan prosedur dan piawaian. Aktiviti ini dilaksanakan untuk
44
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
45/49
mengenalpasti cara kerja yang terbaik dan memastikan setiap orang
menjalankan tugasan yang telah diberikan di tempat kerja.
Impak Jangkaan:
Standard tempat kerja yang baik
Sistem Kawalan Visual yang baik
Memperkukuhkan peraturan dan Standard Operation
Prosedur(SOP)
Perkongsian maklumat dalam standard yang diperlukan Penambahbaikan operasi dan aliran kerja
Diatur dengan lebih tersusun supaya lebih mudah digunakan
45
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
46/49
Contoh kod warna untuk setiap bahagian dalam syarikat
Garis Panduan untuk mempraktikkan SENTIASA AMAL
Huraian:
Memastikan kesemua 5S seperti dijelaskan sebelum ini sentiasa
dapat diamalkan dan dikekalkan secara berterusan dengan
menggunakan P-D-C-A secara efektif.
Garis Panduan:
STORE
46
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
47/49
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
48/49
Penilaian Kendiri 5S dan Persijilan 5S
Objektif:
Memastikan organisasi dapat menggunakan kekuatan yang ada
dalam membuat penambahbaikan yang perlu disamping
menunjukkan dimana kedudukan sesebuah organisasi dalam
pergerakan 5S.
Garis Panduan untuk Penilaian Kendiri 5S
Aktiviti dalam Fasa 2 sepatutnya telah dapat menunjukkan kemajuan
dalam momentum 5S. Penilaian kendiri 5S perlu di awasi dan
didokumenkan melalui metodologi Audit Dalaman.
AUDIT DALAMAN 5S
Audit Dalaman 5S dalam sesebuah organisasi adalah bahagian yang
terbaik untuk membuat Penilaian Kendiri 5S. Organisasi yang telah
mempunyai aktiviti 5S yang berjaya, mengaudit prestasi mereka
melalui audit secara mingguan atau bulanan dengan menggunakan
Senarai Semak 5S, Lembaran Ringkasan Audit dan Pelekat
Penambahbaikan 3S.
Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak audit perlulah dipamerkan di
setiap sudut 5S setiap bahagian.Ini secara tidak langsung dapat
mewujudkan persaingan secara sihat sesama bahagian dan
menimbulkan rasa bangga pada kumpulan terbabit.
Penilaian dan persaingan ini perlulah disusuli dengan sistem
ganjaran. Kebanyakan organisasi yang berjaya, menawarkan
48
-
8/6/2019 Manual 5s Miti
49/49
ganjaran secara bulanan pada setiap pasukan yang berjaya dalam
pelbagai kategori.